Maklumat Penanaman Cosmos Ladybird

Cosmos Ladybird

Maklumat Penanaman Bagi : Annual Cosmos Ladybird
Nama Biasa : Cosmos
Nama Botanik : Cosmos sulphureus
Kiraan Benih : 3,500/auns ; 125/gram
Suhu Percambahan Optimum : 68°F / 20°C
Suhu Pertumbuhan Optimum : 60-70¡ãF / 16-21¡ãC

Siri Cosmos Ladybird adalah siri kerdil yang awal berbunga dan amat tahan kepada keadaan yang kering dan panas. Siri ini amat seragam, menghasilkan pelbagai cabang dari tapak tanaman dengan daun yang halus. Tanaman ini berbunga secara berterusan untuk masa yang lama, menghasilkan banyak bunga berlapis separa penuh dan bersaiz sederhana, kira-kira 2 / 5 cm dalam diameter. Pada mulanya, tanaman ini akan tumbuh sehingga ketinggian 12 inci / 30 cm dengan sebaran seluas 16 inci / 40 cm. Kemudian, tanaman ini akan mencapai ketinggian 16 inches/ 40 cm semasa lewat musim luruh. Cosmos Ladybird boleh didapati dalam warna oren, kuning dan campuran. Warna campuran juga termasuk scarlet.

Peringkat Penanaman Anak Benih ¨C Dulang 288 lubang

Peringkat 1 (Hari Pertama - Ke-8) Semaikan 1 biji benih dalam setiap lubang dalam dulang semaian yang dipenuhi dengan media yang telah dikeringkan dengan baik dan tutupkannya dengan lapisan nipis vermikulit yang kasar. Kekalkan suhu tanah pada 68¡ã F/20¡ãC dan pastikan ianya mempunyai kelembapan yang mencukupi.

Peringkat 2 (Hari Ke-9 - Ke-14) Selepas kemunculan radikel, , kurangkan kadar kelembapan dan turunkan suhu ke 59-68¡ã F/15-20¡ãC. Letakkan dulang semaian dalam rumah hijau yang mempunyai pengudaraan yang baik dengan kadar cahaya yang tinggi. Cosmos Ladybird adalah tanaman yang sesuai bagi jangkamasa siang yang neutral. Jadi, anda tidak perlu memanipulasikan jangkamasa siang.

Peringkat 3 (Hari Ke-15 - Ke-21) Anak benih Cosmos tumbuh dengan cepat dan pembajaan yang sedikit sahaja (atau tidak perlu) diperlukan. Jika media mengandungi caj pendahuluan, maka penambahan baja adalah tidak perlu. Jika tidak, bubuh 50 ppm Nitrogen menggunakan baja yang seimbang dan berdasarkan Kalsium Nitrat.

Peringkat 4 (Hari Ke-22 - Ke-28) Anak benih kini menghampiri peringkat pemindahan. Untuk mengekalkan pertumbuhan yang aktif, jangan memperlambatkan pemindahan.

Tanaman Dalam Pasu

Media: Pilih media yang telah dikeringkan dengan baik dengan pH di antara 5.5 dan 6.5 serta mempunyai caj pendahuluan yang rendah.

Cahaya: Berikan cahaya sehingga 7,000 f.c / 71,500 lux.

Pembajaan: Cosmos memerlukan sangat sedikit baja. Kadar E.C. optimum adalah 0.7 mmhos (2:1 berlumpur). Bubuh baja setiap minggu dengan 100 ppm N menggunakan formula yang berdasarkan kalsium nitrat.

Suhu: Cosmos Ladybird tumbuh dengan optimum di antara 60-70¡ãF / 16-21¡ãC.

Growth Regulator: Jika perlu, gunakan B-9 pada 5,000 ppm 15-20 hari selepas pemindahan

Jadual: Ladybird akan berbunga dari 9 - 10 minggu selepas semaian. Untuk pek sel, anda disarankan untuk menjualkannya semasa ianya masih hijau.

Pek Sel: Dulang Semaian : 392, Jangkamasa Penanaman: 3 minggu
4 inci /10 cm: Dulan Semaian: 288, Jangkamasa Penanaman: 4 minggu, Jangkamasa Pertumbuhan Selepas Pemindahan: 5-6 minggu

*semaian secara terus kepada pek sel adalah salah satu pilihan yang boleh digabungkan dengan sesetengah anak benih sebagai tambahan.